Cart 0

Apa itu Abaya?

Apa itu Abaya?

Abaya berasal daripada bahasa Arab iaitu 'Abayah'. Ia juga disebut sebagai 'aba'. Abaya adalah lebih sederhana, longgar pakaiannya dan dasarnya, pakaian ini seperti jubah, yang dipakai oleh beberapa wanita di beberapa bahagian dunia Islam termasuk Afrika Timur Laut, Somalia, Maghribi, dan Semenanjung Arab. Abaya ialah pakaian tradisi wanita-wanita di negara-negara teluk atau timur tengah. 

Abayat (kata jamak) tradisional berwarna hitam dan mungkin berupa kain segiempat besar yang terbungkus dari bahu atau kepala atau kaftan panjang. Abaya menutupi keseluruhan badan kecuali kepala, kaki, dan tapak tangan. Ia boleh dipakai dengan niqāb iaitu satu kain yang meutupi muka kecuali mata. 

Sebilangan wanita juga memakai sarung tangan hitam yang panjang, sehingga tangan mereka juga ditutup. Umumnya, abaya dipakai pada majlis-majlis khas, seperti lawatan ke Masjid, perayaan Hari Raya Islam untuk Idul Fitri dan Idul Adha, dan sebagainya.

Pemakaian abaya adalah selari dengan ciri-ciri pakaian wanita Islam yang menepati syariat. Hal ini kerana, sehelai abaya telah memenuhi ciri-ciri pakaian yang berikut:
✅Kain tebal
✅Warna hitam
✅Besar dan longgar
✅Labuh menutupi seluruh badan
✅Ianya sopan
✅Simbol wanita Islam 


Semoga Bermanfaat   




Older post